vimarsana.com

Latest Breaking News On - Grandfather series hishammuddin - Page 24 : vimarsana.com

Tarik diri atau terus bersama PN

Tarik diri atau terus bersama PN A A [INFOGRAFIK] Kelmarin, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dalam masa yang sama, beliau juga kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan yang diberikan kepadanya sebelum ini. Dengan pelantikan beliau itu, maka Malaysia kini mempunyai Timbalan Perdana Menteri, sekali gus mengakhiri tanda tanya siapakah yang layak memegang jawatan tersebut selepas dibiarkan kosong sejak Perikatan Nasional (PN) mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Mac 2020. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula telah dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri. Justeru, beliau dipertanggungjawabkan mengetuai Kluster Keselamatan, sekali gus menggantikan Ismail Sabri yang sebelum ini menyandang tugas berkenaan.

Ku Li akui Anwar ada kualiti jadi pemimpin negara

Ku Li akui Anwar ada kualiti jadi pemimpin negara A SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kualiti untuk menjadi pemimpin negara. Bagaimanapun beliau berkata, setiap individu mempunyai pandangan berbeza tentang pemimpin yang diingini. “Saya rasa dia ada kualiti. Tapi ada orang mempunyai pandangan yang berlainan. Dia (Anwar) juga ramai pengikut. Tetapi pengikut ini kita tak boleh nak harap sangat. Hari ini dia okey dengan kita, esok dia tak okey dengan kita. Tengku Razaleigh pada program Bersama Ku Li yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Rabu. - Foto Sinar Harian / Halim Wahid.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.