vimarsana.com

Latest Breaking News On - Health grandfather series - Page 12 : vimarsana.com

Kabinet akan bincang rayuan doktor kontrak

Kabinet akan bincang rayuan doktor kontrak
thesundaily.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from thesundaily.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.

291,217 dos suntikan vaksin Covid-19 diberi pada Ahad

291,217 dos suntikan vaksin Covid-19 diberi pada Ahad A A KUALA LUMPUR - Sebanyak 291,217 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 11,366,710 dos. Menerusi hantaran di Twitter pada Isnin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan daripada jumlah pemberian dos harian itu, sebanyak 190,186 adalah dos pertama manakala 101,031 adalah dos kedua. Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 63,043 orang, diikuti Sarawak (56,525), Kuala Lumpur (48,996), Perak (19,282) dan Johor (19,231). Menurut Dr Adham setakat semalam, jumlah keseluruhan pemberian vaksin Covid-19 dos pertama ialah 7,840,034 dan dos kedua 3,526,676. - Bernama

Kes Covid-19 di Selangor meningkat berikutan pengesanan dan saringan aktif

10 Jul 2021 / 10:01 H. Bernama PUTRAJAYA: Peningkatan kes harian Covid-19 di Selangor sejak kebelakangan ini adalah hasil aktiviti pengesanan dan ujian saringan secara aktif di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata sebanyak 25,005 saringan telah dijalankan pada 6 Julai berbanding 19,614 pada 5 Julai dan ujian saringan akan ditingkatkan dari semasa ke semasa. “Semalam Selangor catat 4,400 kes dan 4,152 pada 8 Julai. Daripada data ini, kita akan melihat aktiviti pengesanan kontak dan ujian saringan yang lebih banyak di kawasan PKPD. Memang aktiviti kesihatan awam dan ujian saringan akan ditingkatkan apabila kawasan tersebut diisytiharkan PKPD,“ katanya. Dr Adham berkata demikian dalam sidang media khas berhubung langkah kesiapsiagaan dan strategi Kementerian Kesihatan (KKM) mengurus pandemik Covid-19 di Lembah Klang, di sini hari ini.

Greater Klang Valley mantapkan kesiapsiagaan tangani Covid-19

‘Greater Klang Valley’ mantapkan kesiapsiagaan tangani Covid-19 July 10, 2021 PUTRAJAYA: Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley diwujudkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memantapkan tahap kesiapsiagaan sistem kesihatan di Lembah Klang dalam mengurus pandemik Covid-19. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pasukan khas yang mula beroperasi Khamis lepas dan diketuai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Chong Chee Kheong itu berperanan untuk menangani segera situasi semasa di Selangor dan Kuala Lumpur serta kawasan bersempadan, terutama dalam isu kekurangan katil dan sumber manusia. Advertisement “Walaupun dipanggil Greater Klang Valley, kita akan masukkan juga kawasan selatan Perak, barat Pahang dan utara Negeri Sembilan dan di situ (di setiap kawasan tersebut) terdapat pusat arahan yang akan menyalurkan maklumat pada pasukan bertindak khas itu,” katanya pada sidang media khas berhubung langkah kesiapsiagaan dan stra

337, 478 dos suntikan vaksin Covid-19 diberi semalam

10 Jul 2021 / 10:24 H. Bernama KUALA LUMPUR: Sebanyak 337,478 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara meningkat kepada 10,750,748 dos. Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah pemberian dos harian berkenaan, sebanyak 213,396 adalah dos pertama manakala 124,082 adalah dos kedua. Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 92,400 orang, disusuli Sarawak (65,967), Kuala Lumpur (52,891), Perak (25,877) dan Negeri Sembilan (21,057). Dr Adham berkata sehingga semalam juga jumlah keseluruhan pemberian vaksin Covid-19 dos pertama ialah 7,435,877 dan dos kedua 3,314,871.- Bernama

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.