Saya hantar surat ikut etika, perlembagaan parti sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
UMNO tidak dilantik TPM modal Zahid ajak keluar PN: Nazri Aziz
A
SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa menggunakan alasan kegagalan UMNO dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebagai asas parti itu mahu menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mendakwa beliau dimaklumkan beberapa ahli Parlimen UMNO lain bahawa Ahmad Zahid ada cuba memanggil seorang demi seorang daripada mereka, bertujuan untuk menjanjikan sesuatu sekiranya mereka bersetuju keluar daripada kerajaan PN.
Mohamed Nazri turut dimaklumkan, dalam pertemuan ahli-ahli Parlimen UMNO bersama Ahmad Zahid di Wisma Perwira, Kuala Lumpur Isnin malam, majoriti daripada 38 ahli Parlimen UMNO menyatakan pendirian untuk tidak menyokong hasrat Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.