Empat beradik sukar tidur malam rindukan ibu
A
A
PASIR GUDANG - Empat beradik di Taman Scientex di sini yang menjadi yatim piatu sukar melupakan ibunya yang meninggal dunia Khamis lalu.
Menurut bapa saudara kepada empat beradik tersebut, Adhar Baharim, 47, kanak-kanak yang berusia satu, tiga, enam dan tujuh tahun itu amat rapat dengan ibu mereka, Nurul Wandiana Shakira Sapuan, 29.
Adhar berkata, sejak kematian suaminya pada 2020, Nurul Wandiana bersama-sama adik perempuannya itu yang menjaga empat beradik tersebut. Selepas pemergian Nurul Wandiana, anak-anak itu sukar tidur malam kerana teringatkan ibu mereka terutama yang berusia satu dan tiga tahun. Mujurlah ada adik perempuan saya yang juga ibu saudara mereka yang menjadi tempat menumpang kasih. Sebelum ini adik perempuan saya tinggal bersama-sama arwah Nurul Wandiana dengan empat anak saudara saya itu, katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.