RPDR-PKPP bakal ambil tindakan undang-undang
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Tindakan kerajaan Pahang jadi tanda aras baharu
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Tebang pokok durian musang king kerana status HSK: Wan Rosdy
A
A
KUANTAN - Keputusan kerajaan negeri Pahang menebang pokok durian musang king yang ditanam secara haram dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub kerana mengambil kira status kawasan itu sebagai HSK.
Memetik laporan portal Pahang Media, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sudah menjadi dasar mana-mana HSK tidak boleh ditanam dengan tanaman durian.
Menurut beliau, sekiranya ada pokok durian di kawasan HSK itu, ia akan menjadi faktor penarik untuk orang masuk sesuka hati ke dalam kawasan berkenaan. Sedangkan sesiapa yang masuk ke kawasan HSK ini perlu dapatkan kebenaran terlebih dahulu dan menjadi kesalahan jika masuk tanpa kebenaran,” katanya seperti yang dilaporkan Pahang Media.
Bongkar tangan ghaib halalkan pencerobohan hutan di Raub
A
A
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat pegawai kerajaan dan pimpinan terdahulu di negeri Pahang sekiranya terlibat serta melindungi aktiviti pencerobohan tanah terutamanya di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub.
Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), Datuk Mohamed Arshad Raji berkata, beliau yakin terdapat ‘tangan ghaib’ yang ‘menghalalkan’ pembukaan kebun-kebun durian secara haram di situ dulu.
Bekas anggota tentera itu mendakwa, kebun-kebun durian sudah lama wujud di kawasan Raub kerana beliau pernah bertugas di Pahang pada zaman darurat.
“Siapa yang patut dipersalahkan sekarang? Lihat semula beberapa tahun yang lepas. Jika tiada orang yang membenarkan mereka membuka ladang mustahil mereka berani. Jadi siapa yang harus dipersalahkan. Adakah pihak yang membuka ladang atau yang membenarkannya?