KPN zahir ucapan takziah
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan takziah kepada keluarga dua anggota polis yang maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 24.4 Lebuh Raya Silk arah Kajang ke Putrajaya di sini pada Ahad. Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beliau mewakili warga PDRM sedih dengan kejadian yang menimpa dua anggota polis terbabit yang terkorban ketika menjalankan tugas dan tanggungjawab diamanahkan.
Branches Department Investigation Estuary Mud Police Royal Headquarters Police District Article Connection Branches Department Investigation Criminal Dewan Caves
Source: sinarharian.com.my