Masri Razali dilantik Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban
A
A
SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju melantik Datuk Masri Razali sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang baharu bermula Jumaat bagi menggantikan Datuk Zazali Salehudin yang bersara wajib.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, penyerahan tugas dan proses mengangkat sumpah telah berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Kerajaan negeri juga ingin merakam penghargaan kepada Zazali yang merupakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban pertama atas perkhidmatan beliau. Beliau menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-60 pada Jumaat dan secara rasminya bersara wajib daripada perkhidmatan awam, katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.