vimarsana.com

Latest Breaking News On - Passes area thoroughly - Page 1 : vimarsana.com

Bakul makanan: PAS Semporna komited bantu rakyat

Bakul makanan: PAS Semporna komited bantu rakyat July 13, 2021 Oleh MOHD SAFWAN MOHAMMAD SEMPORNA: PAS Kawasan Semporna mengedar bakul makanan kepada beberapa penerima yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 di sini, semalam. Para penerima bakul makanan di kawasan Kampung Sri Jaya, Kampung Mesra, Kampung Sungai Tuhok dan Kampung Tinagayan Laut adalah mereka yang betul-betul terkesan dari segi ekonomi kerana terjejas pendapatan harian. Advertisement Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS kawasan, Razis Asparin yang mengetuai edaran bantuan itu menyatakan PAS sentiasa komited untuk membantu rakyat khususnya dalam situasi yang sangat membimbangkan kini. “Kita sebagai anggota masyarakat juga perlu sentiasa cakna dan prihatin dengan apa yang berlaku di sekeliling agar kehidupan menjadi lebih sejahtera,” tambahnya.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.