JELEBU - Kementerian Wilayah Persekutuan akan mewujudkan kawasan khas 'Green Zone' yang dikhususkan sebagai tempat letak motosikal untuk penghantar makanan atau barangan di 10 lokasi sekitar Kuala Lumpur. Timbalan Menterinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, inisiatif ini dapat membantu serba sedikit memudahkan dan mempercepatkan urusan golongan tersebut dalam penghantaran makanan atau barangan.
AMPANG - Dua individu yang disyaki menyamar sebagai pegawai polis sebelum menyamun diberkas dalam serbuan di Kampung Klang Gate Baharu di sini pada Jumaat.
Motosikal bertembung, dua maut termasuk pelajar
A
A
ALOR SETAR - Dua maut termasuk seorang pelajar lelaki apabila motosikal yang ditunggangi mereka bertembung dalam kejadian di Kampung Kubang Rotan, di sini pada malam Jumaat.
Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Amir Husaini Mohd Rodzi, 15 dan Hamdan Adnan, 40, maut dalam kemalangan yang berlaku pada 8.25 malam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang lagi penunggang motosikal, Muhammad Hidayat Rosli, 22, hanya mengalami cedera ringan selepas motosikal mangsa turut terlibat dalam kemalangan itu. Motosikal jenis Honda yang ditunggang Amir Husaini dan motosikal jenis SYM Sport Bonus ditunggang Hamdan dipercayai bertembung di Taman Nelayan, Kubang Rotan melibatkan tiga motosikal.