Turki mahu jadi kuasa dron canggih dunia
A
A
SAMA ada di Syria, Libya atau Azerbaijan, dron-dron tempur Turki yang dikeluarkan oleh negara itu telah mencatatkan kejayaan apabila Ankara mengharapkan ia akan dieksport lebih banyak ke luar negara.
Walaupun negara itu terbukti berjaya menumpaskan musuh-musuh yang menggunakan kereta kebal, beberapa penganalisis percaya Turki menawarkan peluang untuk melebarkan pengaruhnya menerusi dasar-dasar luar negara tersebut.
Sebelum ini dron-dron bersenjata digunakan tentera Turki dalam pertempuran di Syria bagi membalas dendam ekoran kematian askar-askarnya selain menghalang kemaraan tentera rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad di wilayah Idlib, barat laut Syria.
Di Libya pula, pesawat-pesawat tanpa juruterbang terbang dengan bantuan sekutu-sekutu Turki di Tripoli memburu tentera rejim komander Khalifa Haftar yang menentang kerajaan negara tersebut yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).