vimarsana.com

Page 12 - Procedures Operation News Today : Breaking News, Live Updates & Top Stories | Vimarsana

Polis kenal pasti dua lelaki lolos kawat duri PKPD

Polis kenal pasti dua lelaki lolos kawat duri PKPD A A KUALA LUMPUR - Polis telah kenal pasti dua daripada tiga lelaki yang melarikan diri dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sebuah Projek Perumahan Rakyat di Jalan Kampung Pasir di sini pada Ahad. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya mengenal pasti seorang lelaki berusia 34 tahun yang mempunyai enam rekod jenayah berkaitan kes dadah, samun, curi dan lain-lain kes. Seorang lagi lelaki berusia 46 tahun, suspek mempunyai sembilan rekod jenayah berkaitan kes pecah rumah dan pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Orang awam jangan buat spekulasi lelaki larikan diri

Orang awam jangan buat spekulasi lelaki larikan diri July 5, 2021 KUALA LUMPUR: Polis menasihatkan orang awam tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular melibatkan tiga individu yang melarikan diri daripada kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Anuar Omar berkata, satu laporan polis dibuat jam 4.51 petang semalam berkaitan video tular melibatkan tiga individu yang dilihat keluar dari kawasan PKPD di sebuah PPR di Jalan Kampung Pasir, Kampung Pasir, Kuala Lumpur. Advertisement Katanya, hasil siasatan awal mendapati video tular yang berdurasi selama dua minit empat saat itu memaparkan dua lelaki berbangsa India dan seorang lelaki bangsa tidak pasti telah melarikan diri menerusi pagar berduri jenis dawai besi yang diletakkan di sekeliling blok berkenaan.

SOP Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Di Selangor Berkuatkuasa 3 Julai

Pergerakan keluar penduduk. Arahan Tetap Tertakluk kepada ketetapan yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM. Lain-lain arahan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Pegawai Diberi Kuasa di bawah Akta 342. Tempoh kuatkuasa SOP ini adalah bermula 3 Julai 2021 (12:01 pagi) sehingga 16 Julai 2021 (11.59 malam). Kawasan yang terlibat adalah seperti yang disenaraikan di bawah: Daerah Petaling : Mukim Petaling, Damansara, Sg. Buloh dan Bukit Raja Daerah Hulu Langat : Mukim Hulu Langat, Ampang, Cheras, Kajang, Semenyih dan Beranang Daerah Sepang : Mukim Dengkil, Labu dan Sepang Daerah Gombak : Mukim Batu, Rawang, Setapak, Hulu Kelang dan Kuang Daerah Kuala Langat : Mukim Tanjung 12 (1), Tanjung 12 (2), Teluk Panglima Garang, Morib, Bandar, Jugra dan Batu

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.