PUTRAJAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menerima sebanyak 466,216 permohonan Bakul Prihatin Negara setakat semalam, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. Beliau berkata, sebanyak 110,174 Bakul Prihatin Negara telah diagihkan yang dapat memanfaatkan kira-kira 388,801 isi rumah, di seluruh negara.
Pembangkang dakwa SMS MKN retorik, sia-sia sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
PM tinjau penyediaan Bakul Prihatin Negara
A
PUTRAJAYA -
[DIKEMAS KINI] Kerajaan menyediakan lebih banyak bantuan kepada rakyat yang terkesan akibat Covid-19 dengan memperkenalkan inistiatif terbaharu, program Bakul Prihatin Negara dengan dana permulaan berjumlah RM21 juta.
Program tersebut memanfaat 1.68 juta rakyat di seluruh negara dengan dana sumbangan syarikat korporat sebanyak RM16 juta dan RM5 juta daripada Pejabat Perdana Menteri.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program tersebut melibatkan pengagihan 420,000 bakul bantuan barangan keperluan.
Beliau berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal pengurusan kebajikan rakyat.
“Selagi masalah pandemik Covid-19 belum dapat diatasi dan soal ekonomi belum pulih, saya cukup prihatin dan rasa bertanggungjawab untuk menentukan kesejahteraan rakyat.