KUALA TERENGGANU- Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) menyumbangkan 8, 000 unit kit ujian kendiri Covid-19 kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dalam usaha sama-sama membantu untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19, pada Selasa. Setiausaha kerja YDSM, Mohd Azrul Ismail berkata, nilai sumbangan berjumlah RM280,000 itu turut bertujuan meringankan dan meminimum beban serta tanggungjawab petugas barisan hadapan khususnya daripada JKNT.