vimarsana.com

Latest Breaking News On - Section act control supply - Page 1 : vimarsana.com

8,775kg minyak masak bersubsidi dirampas

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan minyak masak bersubsidi dalam serbuan di dua premis di sekitar negeri ini dengan merampas 8,775 kilogram minyak masak bersubsidi pada Selasa.

Cubaan seludup 4,000 liter diesel ke Thailand gagal

KANGAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis menahan sebuah bot pukat hanyut Kelas A yang disyaki menjalankan aktiviti penyeludupan minyak diesel pada jarak lebih kurang 0.5 batu nautika dari barat muara Kuala Perlis pada jam 1.15 pagi Selasa.

PGA7 rampas minyak masak, makanan sejuk beku di Pasir Mas

PGA7 rampas minyak masak, makanan sejuk beku di Pasir Mas 09 Jul 2021 / 11:15 H. Gambar hiasan PASIR MAS: Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) merampas sejumlah minyak masak bersubsidi dan produk sejuk beku dari Thailand yang dianggarkan bernilai RM37,544, dalam dua serbuan berasingan dekat sempadan Malaysia-Thailand semalam. Turut dirampas dalam kejadian itu adalah empat buah kenderaan iaitu dua Proton Iswara dan dua van bernilai RM51,000. Pegawai Pemerintah PGA7 Supt Azhari Nusi berkata serbuan dilakukan hasil kolaborasi antara pihaknya dengan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan dalam Op Kontraban. Beliau berkata dalam serbuan pertama pada 3.30 petang, pihaknya telah membuat pemerhatian dari jauh di Kampung Padang Embun, di sini dan mendapati beberapa lelaki sedang memunggah kotak dari dua van ke dalam sebuah Proton Iswara dalam keadaan mencurigakan.

Cubaan seludup minyak di tengah malam

Dua lelaki ditahan bersama 1,020 kg minyak masak

Dua lelaki ditahan bersama 1,020 kg minyak masak A A RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan menahan dua lelaki dan merampas 1,020 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi yang cuba diseludup ke negara jiran dalam serbuan berasingan di sini pada Jumaat. Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, dalam serbuan pertama di pangkalan haram Jitong pihaknya berjaya menahan seorang lelaki berusia 34 tahun yang menaiki kereta jenis Perodua Kelisa pada jam 7 malam. Serbuan bersama anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya merampas 323 peket minyak masak bersubsidi yang cuba diseludup ke negara jiran, katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.