KUANTAN - Seorang pekerja am Alam Flora maut setelah motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum terperosok ke bawah treler di Jalan Permatang Badak di sini pada Jumaat malam. Mangsa, Amiruddin Abdul Latif,17, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala manakala pemandu treler berusia 29 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.