📰 Tamba Aaron News
Tamba Aaron News Today
Fast, Ad-Free News Updates
Stay updated with breaking news from Tamba Aaron. Real-time updates on events, politics, business and more.
August 21, 2021
BAGAN SERAI - Ban Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Samagagah terputus menjadi punca banjir di sekitar kawasan Kampung Matang Pasir dan Kampung Parit Haji Kasim, Alor Pongsu di sini. Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, keadaan hujan lebat luar biasa menyebabkan limpahan air Sungai Samagagah di kawasan tadahan Sungai Kerian hingga RTB terbabit tidak dapat menampung kapasiti air sungai yang melintas.
August 21, 2021
BAGAN SERAI - Kerajaan Perak memohon peruntukan khas sejumlah RM800,000 untuk membaik pulih ban Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Samagagah yang menjadi punca banjir di sekitar Kampung Matang Pasir dan Kampung Parit Haji Kasim, Alor Pongsu di sini. Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, permohonan itu telah diajukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi membina segera dua lokasi ban yang dikesan pecah pada Jumaat.
August 18, 2021
IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meluluskan peruntukan lebih RM10 juta bagi membiayai kerja-kerja pembinaan, naik taraf dan baik pulih infrastruktur pada tahun ini.
August 14, 2021
MATA menyifatkan keputusan kerajaan memberi kelonggaran kepada individu lengkap dos vaksin Covid-19 dapat merancakkan semula industri pelancongan.
June 13, 2021
GUA MUSANG - Seorang lelaki berusia 56 tahun ditemukan maut dipercayai terkena renjatan pagar elektrik yang dipasang sendiri untuk menghalau haiwan liar daripada memasuki kebunnya di Kampung Star Baru di sini pada Ahad. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa, Mokhtar Mat Nor ditemukan jirannya kira-kira jam 8 pagi dengan mayatnya dalam keadaan terbaring dan keseluruhan badannya hangus.