SHAH ALAM - Majlis mengangkat sumpah jawatan membabitkan 31 menteri dan 38 timbalan menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini. Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia itu dijadualkan bermula pada jam 2.30 petang.
PASIR PUTEH - Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang dilantik Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II mempunyai misi untuk menarik minat golongan muda terutama lepasan universiti menceburkan diri dalam bidang pertanian moden.
KUALA LUMPUR - Seramai 31 menteri dan 38 timbalan menteri akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara esok.
Barisan Kabinet yang dibentuk hari ini merupakan pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat. Kabinet iniperlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik.