JOHOR BAHRU - Seramai 21 petugas kesihatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dikesan positif Covid-19 membabitkan Kluster Jalan Persiaran Abu Bakar Sultan di sini sejak semalam (Jumaat). Pengarah HSA Dr Mohtar Pungut @ Ahmad, menerusi hantaran di laman Facebook rasmi hospital itu, berkata kluster tersebut dikesan di Jabatan Kecemasan dan Trauma HSA.