Lebih 1,000 penduduk di Setiu nikmati liputan 4G
July 12, 2021
KUALA TERENGGANU: Lebih 1,000 penduduk di Kampung Rhu Sepuluh dan Kampung Kuala Kubang di Setiu kini menikmati jaringan telekomunikasi 4G yang lebih baik selepas dua menara komunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) mula beroperasi sejak Jun lepas.
Advertisement
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan memaklumkan menara komunikasi itu juga memberi manfaat dan impak positif untuk sektor pelancongan kerana berdekatan dengan pantai Penarik yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong ke Setiu.
“Penambahbaikan liputan 4G di bawah inisiatif JENDELA yang dikawal selia oleh MCMC di dalam Parlimen Setiu akan dilaksanakan secara berterusan dengan 15 menara baharu lagi telah diluluskan dan dijangka siap beroperasi secara berperingkat bermula pada suku kedua 2022.