vimarsana.com

Page 9 - ஒழுங்குமுறைகள் ப்ரெவெந்ஶந் News Today : Breaking News, Live Updates & Top Stories | Vimarsana

Enam lokasi konkrit PKPD termasuk laluan tikus dirosakkan

Enam lokasi konkrit PKPD termasuk laluan tikus dirosakkan A A SUNGAI PETANI - Polis mengesan enam lokasi termasuk laluan tikus di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sini dirosakkan. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, enam lokasi itu membabitkan lima di Taman Bandar Baru dan Taman Lembah Permai, Sungai Lalang, manakala satu lokasi dikesan di Kawasan Perusahaan Ringan Bakar Arang, Sungai Petani. Menurut beliau, tindakan merosakkan dan mengalihkan pagar duri dan halangan yang dipasang di kawasan PKPD boleh dikenakan tindakan tegas. Siasatan boleh dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, katanya.

Polis kesan tiga individu pakai gelang merah jambu pergi farmasi

Polis kesan tiga individu pakai gelang merah jambu pergi farmasi A A SUBANG JAYA - Polis sedang mengesan tiga individu yang disyaki memakai gelang dalam pengawasan (PUS) Covid-19 di sebuah farmasi di Puchong di sini. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pasukan pematuhan dan pemantauan Covid-19 telah menjalankan pemeriksaan di premis berkenaan. Soal siasat terhadap penyelia farmasi memaklumkan kejadian itu berlaku pada jam 11.20 pagi Khamis. Seorang lelaki memasuki premis tanpa membuat imbasan MySejahtera dan memakai gelang merah jambu mahu membeli ubat, manakala seorang lagi lelaki dan wanita menunggu di luar premis, katanya. Menurutnya, lelaki yang memasuki premis terbabit beredar tanpa membuat sebarang pembelian selepas dimarahi dan diarahkan keluar oleh pekerja farmasi.

Lelaki Degil Pakai Gelang Pink Masuk Farmasi, 4 Pekerja Kena Kuarantin, Premis Dikompaun

Lelaki Degil Pakai Gelang Pink Masuk Farmasi, 4 Pekerja Kena Kuarantin, Premis Dikompaun Kini Trending Pihak polis daerah Subang Jaya sedang mengesan tiga individu yang didapati memakai gelang merah jambu kelihatan masuk ke sebuah farmasi di Puchong Perdana untuk membeli ubat-ubatan. Artikel berkaitan: Pakai gelang pink masuk beli ubat Menurut laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Subang Jaya iaitu ACP Abd Khalid Othman berkata tiga individu termasuk seorang wanita yang memakai gelang merah jambu ini telah ke farmasi pada hari Khamis jam 11.20 pagi. Difahamkan, salah seorang daripada mereka telah masuk ke farmasi berkenaan untuk membeli ubat manakala dua individu lagi menunggu di luar.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.