PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) membuka permohonan Geran Agropreneur Muda mulai Khamis bagi menggalakkan lebih ramai golongan muda menceburi bidang tersebut. Ketua Setiausaha MAFI, Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, permohonan itu terbuka kepada golongan muda yang betul-betul baharu atau belum pernah menjalankan projek pertanian.