382 kakitangan MAIK potong gaji, bantu golongan memerlukan :

382 kakitangan MAIK potong gaji, bantu golongan memerlukan


382 kakitangan MAIK potong gaji, bantu golongan memerlukan
17 Jul 2021 / 11:40 H.
Bernama
KOTA BHARU: Seramai 382 kakitangan Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengambil inisiatif membuat pemotongan gaji bagi mengumpul dana untuk membantu seluruh golongan yang memerlukan di negeri berkenaan.
Timbalan Yang Dipertua MAIK Zulkifle Ab Rahman berkata pemotongan gaji yang dimasukkan ke dalam Dana Awam Baitulmal itu bermula pada Januari lepas dan setakat ini, jumlah dana yang terkumpul sudah melebihi RM100,000.
“Konsep pemotongan gaji secara sukarela ini akan berakhir sehingga kakitangan MAIK yang antaranya terdiri daripada pegawai dan imam masjid di bandar negeri ini, sampai tempoh bersara.
“Gaji yang dipotong ini bukan untuk kakitangan tetapi bagi membantu seluruh masyarakat yang memerlukan seperti asnaf termasuk orang bukan Islam,“ katanya kepada pemberita selepas Program Bantuan Prihatin MAIK dengan kerjasama Yayasan Amal Datuk Zul Wisma, di sini hari ini.

Related Keywords

, Foundation Charity Grandfather Homestead , Council Religioni Culture Malay Kelantan , City New , Council Religion , Culture Malay Kelantan , President Zulkifle , Programs Help Concerned , நகரம் புதியது , சபை மதம் ,

© 2025 Vimarsana