60 peratus rakyat sukar urus hutang A SHAH ALAM - Prestasi pengurusan kewangan dan kredit rakyat Malaysia masih di tahap kurang memuaskan meskipun terdapat pelbagai jenis perkhidmatan nasihat kewangan ditawarkan. Ketua Pegawai Eksekutif Sistem Data CTOS Sdn Bhd (CTOS), Eric Chin berkata, berdasarkan laporan pada Jun lalu, sejumlah 60 peratus daripada pengguna perkhidmatan syarikatnya menunjukkan skor laporan kredit di tahap sederhana dan lemah.Beliau berkata, situasi itu direkodkan ketika CTOS mengalami peningkatan sebanyak 52 peratus dalam jumlah pengguna yang mengakses laporan kredit masing-masing di agensi tersebut sejak 12 bulan lepas. “Jadi kalau kita anggap ia adalah skor untuk populasi Malaysia, maknanya 60 peratus adalah di bawah antara sederhana hingga lemah dan hanya 40 peratus yang laporan kreditnya dikira baik.