SURAT khabar paling lantang di Hong Kong, Apple Daily mencetak edisi terakhirnya pada Khamis (24 Jun) selepas 26 tahun beroperasi. Sebelumnya pada 17 Jun lalu, seramai 500 anggota polis menyerbu bilik berita, merampas dokumen dan menahan lima pegawai eksekutif termasuk Ketua Pengarang Apple Daily, Ryan Law di bawah undang-undang keselamatan nasional yang baharu.