MELAKA - Luluh hati seorang ibu apabila anak lelakinya yang dahulunya ceria dan aktif kini terpaksa menahan kesakitan akibat radang usus. Suri rumah, Norhayati Ismail, 33, berkata, pada mulanya, anak sulungnya, Ahmad Afzal Aman,10, dikesan mengalami masalah apendiks pada Julai lalu selepas menerima rawatan di sebuah hospital swasta negeri ini.