SHAH ALAM – Jenazah bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang meninggal dunia pada jam 1.40 pagi tadi masih berada di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur. Ia dimaklumkan oleh keluarga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu.