PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada Sabtu menyumbang sebanyak 130 bakul makanan kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Seri Seroja, di sini. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, selain bakul makanan, sebanyak 260 paket ikan segar beku QFISH disumbangkan oleh agensi di bawah MAFI iaitu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).