KUALA LUMPUR - Pengumuman kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat disifatkan sebagai proses rombakan kabinet dengan majoriti untuk mengekalkan jawatan mereka dalam kerajaan. Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Zahir Hassan berkata, pelantikan tersebut tidak mampu memberikan sinar harapan kepada rakyat, apatah lagi dengan pelantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri Wilayah Persekutuan baharu. Menurutnya, Menteri Wilayah Persekutuan yang dilantik perlu tinggal dan bergaul dengan masyarakat setempat setiap hari, namun Shahidan didakwa tidak dapat menyelami kehidupan rakyat miskin bandar di Kuala Lumpur.