Pengawal keselamatan dipenjara 36 bulan, tiga sebatan | Daily Express Online : vimarsana.com

Pengawal keselamatan dipenjara 36 bulan, tiga sebatan | Daily Express Online


Published on: Tuesday, July 13, 2021
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Amin (kedua dari kanan) diiring keluar dari bangunan mahkamah oleh polis dan pegawai penyiasat kes itu (kiri).
Kota Kinabalu: Seorang pengawal keselamatan berumur 29 tahun, yang menyerang seorang jururawat untuk mencabulnya minggu lepas, dipenjara 36 bulan dan diperintah dikenakan tiga sebatan rotan, pada Isnin.
Mohd Amin Zahari mengaku, di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie, melakukan kesalahan itu terhadap jururawat berkenaan pada jam 6.20 pagi, 5 Julai di sebuah unit kawasan kediaman di Bukit Padang. Amin diperintah menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap pada 5 Julai.
Terdahulu, mahkamah diberitahu oleh pendakwaan bahawa sebelum insiden itu, mangsa sedang bersiap untuk mandi apabila dia diheret ke sebuah bilik tidur oleh seorang lelaki, yang memaksanya berbaring dan cuba merogolnya.

Related Keywords

, Tamba Amen , Building Court , City Stf , Hill Pitch , Lawyer Glue , கட்டிடம் நீதிமன்றம் ,

© 2024 Vimarsana