SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) mengajak semua pihak yang menolak kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya berunding untuk membentuk kerajaan yang inklusif, adil dan progresif dengan semua parti dilayan secara adil. Majlis Presiden PH dalam kenyataan pada Jumaat berkata, perkara itu penting supaya semua pihak dapat bersatu di bawah sebuah kerajaan yang mampu memperbetul segala kepincangan menjelang undi percaya Perdana Menteri di Parlimen bulan depan.