KUALA LUMPUR - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Rumah Prihatin@Grand Seasons yang sesak dengan warga asing pada Rabu dilihat kembali tenang dan terkawal. Tinjauan Sinar Harian pada Khamis mendapati dua kereta peronda polis ditempatkan di kawasan itu selain terdapat petugas Rumah Prihatin yang menguruskan pendaftaran kehadiran penerima vaksin. Bekas pemandu bas, Othman Ibrahim, 53, berkata, pada awalnya dia bimbang untuk menghantar dua anaknya ke pusat vaksin itu susulan kesesakan PPV seperti video tular pada Rabu namun kini lega selepas keadaan terkawal.