Presiden Pas dakwa penguasaan kerajaan PN akan dicabar SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Pas meminta semua pihak bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan khususnya rancangan menyingkirkan Islam yang terjadi di beberapa negara supaya tidak berlaku di negara ini. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, di Malaysia, penguasaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menunjukkan perubahan positif ketika ini sudah tentu akan dicabar kerana kerajaan kini didominasi umat Islam. Menurutnya, keadaan itu sudah tentu menimbulkan kebimbangan beberapa pihak terhadap usaha kerajaan dalam menyelesaikan banyak masalah yang akan membina semula kekuatan umat. "Maka, sudah pasti wujudnya gerakan untuk menjatuhkan kerajaan PN dengan segala cara.