SHAH ALAM - Tidak sampai beberapa jam selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tawaran kerjasama rentas parti kepada pembangkang pada petang Jumaat, semua tawaran tersebut telah ditolak. Rata-rata daripada pihak pembangkang dilihat telah menolak mentah-mentah cadangan itu kerana beranggapan tindakan yang dilakukan Muhyiddin bersifat sogokan secara terbuka.