Tawar khidmat urut seks, 10 hotel ditutup, 32 warga asing ditahan
KUALA LUMPUR - Sebanyak 10 hotel sekitar ibu kota ditutup selepas dipercayai menjalankan aktiviti tidak bermoral melalui penyediaan perkhidmatan urutan seks. Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan di Facebook berkata, tindakan penguatkuasaan dijalankan menerusi Ops Patuh terhadap premis perniagaan komersial pada 1 Ogos hingga 14 Ogos.
Source: sinarharian.com.my