Audit UNESCO penentu status Tasik Chini
Audit UNESCO penentu status Tasik Chini A A TASIK Chini yang terletak di Pahang terkenal dengan legenda Naga Seri Gumum, Naga Seri Pahang dan Naga Seri Daik yang dikatakan pernah menghuninya. Ia juga terkenal dengan legenda tamadun Khmer yang dikatakan tenggelam dalam tasik ini. Sebagai tapak rizab biosfera pertama di negara ini, ia sepatutnya berfungsi sebagai tapak pemuliharaan dan konservasi kepelbagaian biologi, selain menyokong pembangunan lestari membabitkan ekonomi penduduk setempat, bukannya semakin pudar keseriannya akibat aktiviti penerokaan tanah dan perlombongan bijih besi yang b...