Jennifer Aniston Putuskan Hubungan dengan Kawan Yang Menolak Vaksinasi; "Banyak Pendapat Tak Berasas, Berdasarkan Propaganda Dan Rasa Takut."
Media Hiburan August 4, 2021 Nampaknya bintang yang popular dengan drama bersiri Friends ini tidak main-main soal pengambilan vaksin. Baru-baru ini dalam temubual bersama majalah InStyle keluaran September 2021, pemenang anugerah Golden Globe ini memberitahu yang dia sudah memutuskan hubungan dengan beberapa orang individu yang berada dalam rutin mingguannya. Semuanya disebabkan sikap mereka yang tidak mahu menerima dan menyembunyikan status vaksinasi. Katanya, âMasih terdapat sekumpulan besar individu yang merupakan anti-vaksin atau tidak mahu mendengar kepada fakta. Sangat Memalukan.â...