Impak kenaikan harga sayur mula terasa
Impak kenaikan harga sayur mula terasa A A SHAH ALAM - Harga sayur-sayuran di beberapa buah negeri dilaporkan melambung selepas hasil pertanian dari tanah tinggi di Cameron Highlands, Pahang tidak dapat dikeluarkan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Tinjauan Sinar Harian mendapati harga sayuran yang mengalami peningkatan ialah tomato, timun Jepun, cili, kubis, kacang buncis, lada manis atau lada benggala), brokoli dan salad. Negeri yang melaporkan kenaikan ialah Terengganu, Selangor dan Kedah, namun Negeri Sembilan, Perak dan Pahang dilaporkan harga masih sta...