Usah perkecil baka tempatan
JURULATIH berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah tidak bersetuju dengan persepsi bahawa skuad Harimau Malaya sukar untuk menyerlah di peringkat tertinggi jika hanya menyandarkan harapan kepada pemain tempatan. Beliau berkata, saiz fizikal anak tempatan yang lebih kecil berbanding tenaga asing bukanlah satu alasan memandangkan beberapa pasukan lain dari negara Asia Tenggara dan Asia masih mampu mencipta kejayaan dengan bakat pemain mereka sendiri.
Source: sinarharian.com.my