Gabungan NGO tolak syarat UEC permohonan ke IPG
Gabungan NGO tolak syarat UEC permohonan ke IPG July 16, 2021 KUALA LUMPUR: Gabungan NGO membantah sekeras-kerasnya pengiktirafan graduan atau lepasan peperiksaan Unified Examination Certificate (UEC) untuk diterima masuk ke Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) walaupun bagi mengambil kursus Bahasa Cina sahaja. Menurut gabungan NGO dalam satu kenyataan bersama, UEC bercanggah dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Malah, kata mereka UEC diurus tadbir oleh badan swasta secara sewenangnya yang tidak diiktiraf dan amat diragui ku...