Perkasakan Parlimen bulatkan dasar
Perkasakan Parlimen bulatkan dasar A TIDAK cukup Parlimen dibuka semula untuk kembali kepada prestasinya sebelum pandemik Covid-19. Ia seharusnya menjadi lebih kuat daripada dahulu kerana wabak itu telah mendedahkan kelemahan urus tadbir kita. Mengapa banyak yang diharamkan semalam dibenarkan esok? Mengapa banyaknya ‘titik buta’ atau perkara terlepas pandang dalam dasar dan prosedur operasi standard (SOP) pandemik sehingga mengundang kemarahan orang ramai sampai kerajaan terpaksa membatalkan dasar asal untuk memadam api kemarahan rakyat? Mengapa berlaku gejala dua darjat? Jawapan paling p...