Harimau kembali 'mengganas' di Felda Kerteh 4
Kemunculan harimau di Felda Kerteh A DUNGUN - [DIKEMAS KINI] Sekumpulan harimau dipercayai muncul kembali dengan membaham lembu peliharaan penduduk yang diternak secara integrasi di dalam sebuah ladang sawit di Felda Kerteh 4 di sini. Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, berdasarkan gambar yang dirakam menerusi kamera infra red Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, terdapat seekor ibu bersama empat ekor anak harimau dianggarkan berusia dua tahun yang ditemui di Ladang Felda Kerteh 4. Katanya, lokasi...