"Kerja Masak, mengemas, Cuci Buat Sendiri. Itu Exercise & Terapi. Penat Tapi Puas Hati." Demi Anak, Eja Gembira Urus Rumahtangga!
KELUARGA July 28, 2021 Lama tidak melihat susuk tubuh ini muncul di kaca televisyen. Kalau dulu, lakonannya cukup dinantikan sementelah apa jua watak yang diberikan dibawanya dengan cukup baik sekali. Tidak hairanlah apabila dia menjulang anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 menerusi filem Janin. Namun dunia glamor dan lakonan sudah ditinggalkan sejak enam tahun lepas. Kini, pelakon Eja atau nama penuhnya, Siti Sharizah Saifuddin lebih selesa menumpukan perhatian pada rumahtangga lebih-lebih lagi anaknya. “Kalau diikutkan ini tahun ke 6 kak Eja menin...