Padah lepas gian merempit
Padah lepas gian merempit A A KLANG - Lagak sekumpulan mat rempit melepas gian berlumba di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) mengundang padah selepas dicekup polis pada Jumaat. Timbalan Pengarah (I) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, Ops Samseng Jalanan sepasukan Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman bermula jam 10 malam itu berjaya menahan empat remaja lelaki berusia 17 hingga 19 tahun. "Tangkapan dibuat selepas penunggang motosikal terbabit dikesan melakukan aksi bersaing sesama sendiri dan zig-zag. "Polis telah menyita motosikal je...