Majlis pengebumian, rentas negeri cetus kluster komuniti
Majlis pengebumian, rentas negeri cetus kluster komuniti A KUALA LUMPUR - Sebahagian daripada 30 kluster baharu yang dilaporkan pada Jumaat berpunca daripada tindakan beberapa individu yang melakukan perjalanan merentas negeri termasuk untuk menghadiri majlis pengebumian. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, antara kluster komuniti baharu dikesan adalah Kluster Jalan Bestari Yayasan yang berpunca daripada kes indeks seorang wanita tempatan berusia 53 tahun dengan mempunyai sejarah perjalanan dari Selangor ke Johor pada 9 Julai lepas bagi satu majlis pengebumian. ...