Rokok seludup bernilai RM234,306 dirampas
BATU PAHAT - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis rokok seludup bernilai RM234,306 dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Parit Banyu Mas, Parit Yani Yong Peng di sini pada Ahad. Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA Simpang Renggam, Superintendan Dimin Awang berkata, anggota dan pegawainya melakukan serbuan itu pada jam 6 petang.