Vaksin Sinovac untuk penduduk Tioman
Vaksin Sinovac untuk penduduk Tioman A A ROMPIN - Selepas berbulan-bulan sepi tanpa kehadiran pelancong, penduduk Pulau Tioman di sini hari ini, menerima 'tetamu penting' terdiri daripada 50 kakitangan Pejabat Kesihatan Rompin yang membawa bersama 'buah tangan' berupa 1,700 dos vaksin Covid-19. Penyelaras vaksin daerah Rompin Dr R Monysyha Atri berkata, semua kakitangan terlibat akan bertugas di enam pusat pemberian vaksin (PPV) di Kampung Tekek, Kampung Salang, Kampung Mukut, Kampung Paya, Kampung Genting dan Kampung Juara yang diwujudkan di pulau itu. "Kakitangan terlibat dibawa ke Pulau Ti...