Hsien Loong ucap tahniah, pelawa Ismail Sabri lawat Singapura
SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan. Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Singapura memaklumkan Hsien Loong telah menghubungi Ismail Sabri menerusi telefon pada pagi Ahad. Kedua-dua pemimpin itu turut mengulangi mengenai hubungan kerjasama yang mendalam antara Singapura dan Malaysia serta berharap dapat bekerjasama menghadapi cabaran termasuk pandemik Covid-19.
Source: sinarharian.com.my