Aman Graseka Runsing Hilang Pendapatan "Isteri Nak Bersalin. Mana Lagi Ikhtiar Untuk Cari Duit?"
Mingguan Wanita Sumber Foto: Instagram Aman Graseka Pandemik Covid-19 cukup terkesan, pelakon senior Aman Graseka, 53, juga turut terpalit dengan situasi yang melanda negara dan dunia ini. Malah dia dan isteri Nurul Amrina Zamri, 32 yang kini menetap di Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah akui sudah dua tahun hilang punca pendapatan akibat penularan pandemik Covid-19 sekaligus mengehadkan peluangnya untuk berlakon. Aman Graseka Perlukan Wang Untuk Isterinya Bersalin Seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro, Aman meminta penerbit dan pengarah filem berjudul 1875 menjelaskan bayaran seban...