Maqis rampas 144 kg durian Thailand
Maqis rampas 144 kg durian Thailand A A KUALA NERANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 144 kilogram (kg) buah durian yang cuba dibawa masuk dari Thailand pada Isnin. Maqis Kedah dalam kenyataannya berkata, rampasan bernilai RM500 itu adalah hasil pemeriksaan yang dilakukan anggotanya pada jam 5 petang di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Durian Burung. Menurutnya, buah durian itu cuba dibawa masuk sebuah lori namun tidak mematuhi syarat import 3P (Perlabelan, Penggredan dan Pembungkusan) yang ditetapkan oleh Maqis. "Kesemua b...