'Kalau Tak Biasa, Memang Sakit Pinggang Terus' – Netizen Kagum Lihat Aksi 'Selamba' Gadis Angkat Buah Kelapa Sawit
Foto: Harian Metro Siapa sangka, gadis berusia 20 tahun ini mampu melakukan kerja di kebun kelapa sawit yang kebiasaan dilakukan oleh orang lelaki. Nor Syazwani Nor Azman ini juga mampu membuktikan saiz badan bukan halangan baginya untuk mengangkat dan memunggah buah kelapa sawit. Dapat RM400 sebulan Foto: Harian Metro Menerusi laporan Harian Metro, Syazwani yang mempunyai berat badan 40 kilogram membantu bapa saudaranya mengambil upah menuai kelapa sawit di kebun milik penduduk tanah rancangan Felda berkenaan. Saya membantu menyusun pelepah kelapa sawit dan membawa buah ke platform berhampir...